Siapa sahaja yang tidak takut dengan binatang buas seperti buaya dan harimau. Kalau jumpa depan-depan automatik kita rasa gerun.
Semalam treler membawa beberapa binatang berbahaya merempuh tiang simen dan terbabas dari lebuh raya ke dalam hutan selepas pemandunya hilang kawalan.
Kenderaan itu membawa lapan ekor buaya, dua ekor gajah putih, dua harimau dan beberapa haiwan lain
Menurut laporan NDTV, dua ekor buaya ditangkap semula selepas menyelinap keluar dari sebuah treler terbalik yang membawa beberapa haiwan liar di daerah Nirmal, negeri Telangana.
Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Lebuh Raya Nasional 44 berhampiran kampung Mondigutta di daerah itu.
Treler tersebut mengangkut haiwan-haiwan buas itu dari Taman Biologi Sanjay Gandhi Patna ke Taman Negara Bannerghatta, Bengaluru.
Pegawai-pegawai hutan serta polis dengan pantas mengawal kawasan itu untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.
Pihak berkuasa menggunakan kren untuk mengangkat semula kenderaan itu, manakala pegawai berkata, semua haiwan selamat dalam nahas tersebut.
Baca: Tergamak tampar isteri gara-gara bisul, tukang cuci loji dihukum penjara 2 bulan