“Semua pelik kenapa cepat sangat dia naik gaji, asyik muka dia je, lepas tengok CCTV barulah kantoi…”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang, ramai sangat terdesak nak dapatkan pekerjaan sampai guna pertolongan bomoh agar diterima.

Umum tahu bahawa inyak dagu ialah minyak yang diproses daripada mayat untuk tujuan menundukkan seseorang.

Sebarang hal yang berkaitan dengan sihir, pemujaan, pelanggaran soal aqidah maka hukumnya adalah syirik.

Seorang individu membuka cerita seram semasa menghadiri temuduga di tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

Kisah tersebut dikongsikan menerusi TikTok Detik Seram.

Satu hari aku ada temuduga dekat syarikat ni, aku memang tak pernah ambil tahu pasal minyak dagu.

Masa temuduga tu macam biasalah sesi perkenalan diri dan jawab soalan berkaitan kerja tiba-tiba salah satu panel tu tanya soalan.

“Sejujurnya awak ada amalkan minyak dagu?” aku macam tercengang sebab dapat soalan macam tu.

Aku jujur cakap aku tahu apa itu minyak dagu dan kegunaan dia. Kemudian panel tu jelaskan bahawa bos mereka jadi mangsa minyak dagu oleh staf perempuan.

Perempuan tu calit dekat tangan masa bersalaman dan kereta bos untuk mudah kemalangan. Mereka siap terang cara minyak dagu dihasilkan dan tujuan dia.

Bos syarikat tu jadi selalu sakit dan asyik menurut kehendak staf perempuan tu, tapi sekarang dah kena oecat.

Orang dari negeri di Pantai Timut, dia cerita dia guna minyak dagu dari Siam yang mengambil masa setahun untuk pulih sepenuhnya.

Aku pun tak tunggu lama terus tanya macam mana mereka semua tahu yang perempuan tu guna minyak dagu.

Salah seorang panel yang juga pembantu peribadi bos maklum yang mereka mula syak lepas kenaikan gaji secara tahunan tapi untuk dia bos bagi dalam masa enam bulan sahaja.

Perempuan tu dijadikan anak emas sekiranya ada program dalaman syarikat. Rekod kehadiran buat macam tu syarikat dia sendiri.

Satu hari mereka lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dapat lihat dia calit sesuatu dan baca mantra dekat kereta milik bos.

Banyak kali pembantu peribadi tu jelaskan dekat bos tapi dia tak percaya sebab sayangkan pekerja tersebut sampailah ada bukti kukuh maka mereka bawa bos tu terus berubat.

Itulah pengalaman pelik sepanjang aku temuduga dan sekarang sudah hampir tiga tahun aku gantikan posisi pekerja perempuan tu.

Baca juga: “Mak aku punya baik bagi sepupu tinggal ‘free’ dengan kami, boleh pula dia layan mak aku macam bibik”