Usahawan jelita, Noor Neelofa Mohd Noor merasakan dirinya tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana usia perkahwinannya masih baru setahun jagung.
Kata Neelofa, rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun selagi suami isteri mengikut perintah agama dengan semampu dan sebaiknya, segalanya akan dipermudahkan
“Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit itu nampak manis dan bahagia.
“Setiap rumah tangga pasti ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing.
“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar,” kata Neelofa ketika ditemui media semalam.
Sementara itu Neelofa akui, dia banyak menimba ilmu menguruskan rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.
Dua menasihatkan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebagai persediaan awal.
“Saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan,” ujarnya lagi.