Pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan iaitu Cik Epal kembali menjadi sorotan ramai selepas memuat naik satu hantaran di akaun Threads miliknya, baru-baru ini.
Difahamkan, hantaran tersebut adalah respon kepada kenyataan pembantu peribadi bekas suaminya, Jofliam yang dikenali sebagai Dewi susulan wanita itu tampil dalam satu sesi temu bual bersama pihak media.
Menerusi sesi temu bual tersebut, Dewi mengakui mulanya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga majikannya dengan Cik Epal.
Walau bagaimanapun, sudah terlalu banyak fitnah dilemparkan orang ramai ke atas dirinya sehingga membuatkan pemilik nama sebenar Emira Delyati Dewi itu tampil memberi penjelasan kepada pihak media.
Dalam sesi temu bual yang disiarkan di platfrom Youtube itu, Dewi turut mendakwa bahawa Cik Epal pernah bertanyakan soalan sama dirinya sudi menjadi isteri kedua kepada Jofliam sebelum pasangan tersebut berpisah.
“Saya tidak cakap ya (setuju), saya juga tidak jawab tidak (kepada tawaran menjadi isteri kedua),” dedah Dewi dalam rakaman temu bual yang berdurasi 20 minit 52 saat itu.
Tidak berdiam diri, Cik Epal tampil membuat naik hantaran di platform Threads untuk mengulas dan memberikan respon berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewi kepada pihak media itu.
Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud dalam hantaran itu memaklumkan bahawa dirinya tidak keberatan untuk menawarkan bekas suaminya kepada mana-mana wanita yang menginginkannya.
“Saya tidak cakap ya, saya juga tidak jawab tidak (mengulang kenyataan Dewi). Ambil sahajalah duda aku itu. Aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan,” kata Cik Epal.
Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna memahami tindakan Cik Epal sekiranya dakwaan mengenai tawaran menjadi isteri kedua tersebut benar.
Ramai juga pengguna yang sudah menonton sesi temu bual membabitkan Dewi itu berkongsi pendapat bahawa banyak ‘penjelasan’ diberikan oleh wanita itu tidak selari dengan jawapannya sendiri.
“Kalau sekarang, saya mungkin jawab YA sebab saya tiada perasaan terhadap Jofliam (mengulas kenyataan Dewi). Macam eh, tak selarinya jawapan itu,” kata seorang pengguna yang menonton sesi temu bual tersebut.
“Apabila awak tak jawab tidak, itulah jawapannya. Sebab itulah Cik Epal undurkan diri. Susah sangat ke nak cakap TIDAK kepada suami orang? Soalan Cik Epal itu ujian dan kau GAGAL.” Kongsi pengguna lain.
Terdahulu, Jofliam membuat pendedahan mengenai pergolakan rumah tangganya yang bermula sejak empat bulan lalu apabila beliau didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama beberapa pekerjanya.
Pemilik perniagaan pizza itu juga tidak pasti dengan status perkahwinannya sendiri selain mendakwa dirinya mungkin bukan lagi bergelar suami kepada Cik Epal selepas 10 tahun bersama.
Jofliam bagaimanapun dihujani kecaman netizen selepas tularnya gambar dan foto mesra ahli perniagaan terbabit dengan pembantu peribadinya yang dikatakan masih berstatus isteri orang itu.
Baca juga: Neelofa tak mahu kongsi tip rumah tangga, anggap perkahwinannya masih setahun jagung