Bagi yang bekerja sebagai pramugari pastinya sudah merantau ke pelbagai jenis negara dengan budaya berbeza.
Jadi pastinya mereka ini akan cuba sehabis baik untuk berjalan-jalan sementara menunggu penerbangan seterusnya.
Buat pelakon Sherry Ibrahim yang pernah bekerja sebagai pramugari pada tahun 2006 mengakui waktu lapangnya dihabiskan di bilik hotel sahaja.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Sherry berkongsi bahawa dia lebih suka akan kehidupannya sebelum bergelar selebriti.
Pelakon berusia 41 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkelakuan liar sewaktu menjadi pramugari malah lebih selesa duduk di bilik hotel sahaja.
“Saya suka kehidupan saya sebagai cabin crew (pramugari). Saya boleh buat apa yang saya mahu.
“Tapi saya sejenis yang tak liar, saya tak pergi club, saya tak buat benda terlarang. Saya memang jenis yang innocent (polos), kalau terbang pun duduk dalam hotel.
“Kalau seminggu duduk dekat Paris, saya pergi shopping balik bilik tidur, tengok TV, makan sama-sama dalam bilik dengan kru kalau bawa bekal.
“Saya ada kehidupan itu dulu,” ujarnya dalam siaran langsung tersebut.
Baca juga: “Pelik tengok perempuan bodoh sibuk perhatikan hidup aku” – Abang Tesla marah siapa ni?