Pelakon dan pempengaruh, Zarina Anjoulie menitipkan pesanan agak pedas kepada kaum hawa di luar sana supaya tidak bercinta dengan lelaki berwajah buruk.
Kata Zarina yang mesra dengan panggilan Anju, kaum wanita juga jangan sesekali kasihankan lelaki berwajah buruk dan tiada kerja.
Ini kerana katanya, golongan itu lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap wanita.
“Jangan kasihan sebab lelaki itu berwajah buruk atau tak ada kerja. Jangan! Terutamanya yang hodoh. Jangan buang masa sebab mereka akan gunakan anda untuk kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu video di Instagram.
Kata Anju, jangan fikir lelaki yang berwajah buruk tidak akan mempermainkan wanita.
“Lagi sakit jika dipermainkan dengan lelaki buruk.
“Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau permainkan aku,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di Instagram.
Anju menjelaskan bahawa nasihat tersebut datang dari pengalaman peribadinya.
“Dengarlah cakap aku. Aku dah kena banyak kali. Jadi bercintalah lelaki yang sama level dengan anda,” ujarnya lagi.
Baca juga: Ramalan netizen rupanya benar belaka, anggota Exists dedah misteri lagu Alasanmu