Hilang sabar layan Gen Z sekarang, gaji bersih RM1.7k tapi nak pakai Honda RM163k

Oleh KIM SYAZIE

Ukur baju di badan sendiri. Peribahasa demikian patut menjadi panduan dan peringatan kepada semua anak muda yang baru belajar menguruskan kewangan sendiri.

Dengan perkembangan media sosial yang mempengaruhi hampir 70 peratus kehidupan manusia, ramai yang terikut-ikut trend semasa untuk menonjol dalam masyarakat.

Seperti perkongsian seorang penjual kereta import, dia berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang pelanggan yang mahu membeli sebuah kereta berjenama Honda jenis FL1 berharga RM163,000

Pelanggan itu memberitahu, dia mempunyai gaji bersih RM1,700 dan meminta diskaun sehingga RM63,000 jauh beza dengan nilai harga pasaran.

Penjual berkenaan bagaimanapun terpaksa menolak permintaan tersebut kerana dianggap tak masuk akal, dan memuat naik perkara itu di Facebook.

“Saya jarang nak muat naik perbualan dengan pelanggan ni sebab kurang minat untuk mendedahkan benda tak bermanfaat. Tapi hari ini rasa hilang pula sabar dengan gen Z ni.

“Kita siar iklan dekat mana-mana pun dia komen benda-bena negatif. Selagi tak dapat harga dia nak , selagi tu la dia ajak kawan-kawan dia komen benda merepek.

“Pesanan ikhlas dari saya untuk adik-adik gen Z selagi belum mampu untuk capai sesuatu teruskan usaha sebaik mungkin. Jangan ajar diri terlalu manja. Uruskan wang anda dengan bijak,” katanya.

Menerusi perbualan itu pelanggan yang didakwa gen Z itu berkata, penjual berkenaan telah menolak rezeki kerana tidak mahu menjual kereta berkenaan kepadanya pada harga RM100k.

“Gaji bersih saya RM1,700. Tapi tak apa lah, abang dah tolak rezeki harini. Saya tak akan cadang dekat kawan-kawan ambil dekat abang,” kata pelanggan itu.

“Bukan tolak rezeki, memang tak masuk akal FL1 harga itu,” balas pula penjual itu.

Menerusi hantaran itu, penjual berkenaan yang bernama Wan M Faris turut meluahkan kekecewaan atas sikap pembeli yang terdiri daripada generasi Z kerana didakwa meminta potongan harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Baca juga: “Aku kena ‘terminate’ kerja, aku amal satu ayat ni setiap hari, sampailah bos lama emel aku, dia minta…”