Santan pecah boleh elok semula? Ikuti tip ini, hanya perlu masukkan satu jenis daun sahaja!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang sering masak menggunakan santan mesti perasan tersalah satu langkah sahaja maka santan boleh pecah.

Bila pecah, kebanyakan akan memilih untuk terus buang dan guna santan baru, rupanya tak perlu pun cuma kena guna satu jenis daun ini.

Ikuti perkongsian pengguna Lemon8, Ammaiza tentang cara untuk mengembalikan semula santan pecah kepada sediakala.

Tip ‘repair’ santan pecah

1. Pastikan api tidak terlalu besar masak nak masak santan, selalunya ini menjadi punca santan pecah.

2. Masak santan yang pecah menggunakan api perlahan dan masukkan sehelai daun pisang.

3. Selepas beberapa saat, santan akan kembali seperti keadaan sebelumnya.

Komen netizen

Rata-rata netizen mengakui hal tersebut malah ada juga bertanya sama ada ia merubah rasa.

“Ini memang petua daripada nenek moyang, betul-betul menjadi bukan tipu-tipu.

“Wah baru tahu, lepas ni boleh cuba kalau ada santan pecah.

“Kalau nak masak santan dalam kuantiti banyak, masukkan mangkuk tahan panas ke dalam ia, nanti santan tak pecah dan elok sahaja,” antara komen netizen.

Baca juga: Lelaki kongsi petua nak jimat minyak kereta, ikut panduan mudah ini kalau sayang duit anda!