Kebanyakan artis mengalami kesukaran untuk mencari duit apabila hanya bergantung kepada kerja dalam industri seni sahaja.
Apabila sakit atau sudah tua, maka tawaran untuk berada dalam industri semakin berkurangan dan ia jelas menjejaskan sumber pendapatan.
Buat pelakon senior, Ebby Yus mengakui dirinya sukar untuk bekerja selepas mengalami masalah kesihatan kronik.
Malah kos untuk menyara hidup dan ubat-ubatan juga mencecah RM3,000 sebulan dan tanpa pekerjaan, ia adalah satu kesukaran buatnya lapor Harian Metro.
“Tinggal di ibu kota ini biasalah perlukan kewangan yang besar. Untuk saya sendiri, dengan komitmen sara hidup dan rawatan kesihatan seperti ubat-ubatan dianggarkan kena ada kira-kira RM3,000 sebulan.
“Buat masa ini, saya masih lagi tidak boleh bekerja dan kena berehat di rumah kerana masalah buah pinggang kronik ini. Malah, saya juga kena buat dialisis air sendiri sebanyak dua kali sehari di rumah.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya ada perubahan positif. Tapi, selagi tak boleh bekerja memang tidak dapat dielak masalah kewangan dihadapi. Terutama, untuk bayar sewa rumah, bil semasa dan beli ubat-ubatan saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tidak hanya itu, Ebby juga perlu ke hospital setiap dua minggu untuk berjumpa doktor pakar bagi membuat pemeriksaan lanjut atas masalah buah pinggangnya.
Bagaimanapun dia bersyukur apabila mendapat sumbangan bantuan kewangan daripada Yayasan Nurjiwa milik penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
“Syukur Alhamdulillah, memang saya ada dapat sumbangan kewangan daripada Yayasan Nurjiwa. Memang sangat terharu sebab saya dah lama tidak bekerja dan sumber kewangan pun memang terjejas.
“Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakan-rakan penggiat seni yang ambil tahu masalah kesihatan saya dan sudi hulurkan bantuan. Tapi, saya nak tawaran kerja kalau ada yang sesuai” katanya.
Setakat ini Ebby juga mendapat bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal.
Manakala untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, dia baru menghantar permohonan dan belum mendapat keputusan kelulusan.
Baca juga: “Aku berniaga guna duit sendiri tau” – Faye Kusairi tetap layan ‘pelanggan’ walaupun kena hina
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio