Bagi yang sudah berkeluarga, tak salah jika mahu bawa adik beradik tinggal bersama namun jagalah maruah pasangan.
Ini tidak, selamba sahaja bawa orang luar atau tetamu tanpa maklum terlebih dahulu, ingatlah aurat perlu dijaga.
Seorang wanita kecewa dengan sikap suami yang acuh tak acuh apabila adik iparnya selamba membawa masuk rakan lelaku ke rumahnya.
Di bawah adalah kisah tersebut.
“Salah ke kalau saya marah bila suami benarkan adik ipar lelaki dan bujang tinggal di rumah berbulan-bulan tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.
“Selalu juga suami tinggalkan saya dan adik lelaki bujang semasa dia keluar bekerja dan adik ipar ni suka bawa kawan tidur tanpa pengetahuan saya.
“Saya bangun 2 ke 3 pagi pagi nak buat susu anak tengok mereka dah berterabur dekat ruang tamu.
“Saya jadi marah seakan suami tak hormat saya, tak jaga maruah saya, biasalah kita berpakaian di rumah macam mana kan.
“Bila saya bagun dan keluar dengan hampir separuh terlanjang tengok kawan-kawan adik suami ada. Saya rasa melampau untuk saya, suami dan adik dia tak hormat saya
“Saya tak ada hak ke nak marah? Dan memang dalam islam tu membolehkan suami membawa tetamu masuk ke rumah tanpa menjaga maruah isteri ke?
“Bila saya tegur mulalah kata saya tak suka keluarga dia, saya tak tahu lah apa patut dibuat lagi. saya takut bila akan ada satu tahap memang terjadi benda yang tak diingini.
“Saya rasa macam tengah berhadapan dengan orang yang tak ada akal dan saya tak tahu nak buat apa.”
Baca juga: “Duit ‘renovate’ hangus, mentua halau aku dan anak dari rumah hibah lepas suami meninggal
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio