Bagi yang selalu beli pewangi kereta dan letak di dashboard atau para di bawah cermin hadapan kereta, mesti perasan ia cepat kering dan tak wangi sangat.
Kadang-kadang dah beli paling mahal pun bau dia hanya sekejap sahaja, lagi kuat bau kasut atau stokin.
Rupanya tempat paling strategik untuk letakkan pewangi kereta adalah di bahagian kaki kerusi hadapan.
Tip ini dikongsikan pengguna TikTok, stdetailingjb tentang lokasi sebenar untuk letakkan pewangi kereta.
Jelasnya bau dari bahagian kaki akan naik menerusi penyaman udara dalam kereta, ini akan menyebabkan bau tersebar ke serata pelusuk kenderaan.
Rata-rata warganet meninggalkan komen lucu dan menyatakan kesedaran bahawa bau stokin dan kasut terpijak tahi kucing lagi cepat berbau disebabkan tip ini.
“Patut kuat bau kaki kereta member aku. Dia selalu sidai stokin dekat bawah tu.
“Ooo patutlaa cepat sangat bau taik kucing hari tu terpijak, lepastu tak perasan dah kena alas kaki.
“Memang selalu letak situ sebab filter pun dekat bahagian bawah. Bila letak kasut dengan stokin bawah tu, memang satu kereta berbau,” antara komen warganet.
Baca juga: Pelajar Indonesia hina Malaysia minta maaf lepas terbongkar dia belajar di Uni Petronas
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio