Pelakon Nur Fazura terus menjadi perbincangan hangat warganet selepas aktres itu kali ini dirakam sedang menyanyikan lagu secara spontan dengan lirik diubah suai sendiri.
Gelagatnya dengan cepat menarik perhatian ramai selepas videonya dimuat naik di TikTok.
Dalam video itu, Fazura secara bersahaja menyanyikan sebuah lagu sambil menari kecil bergerak ke kiri dan kanan ketika sedang mempromosikan tudung jenamanya.
Menerusi video tersebut, Fazura menyanyikan bait-bait lirik rambang dengan menyebut ‘marilah istiqamah, hidup ini sementara’.
Bagaimanapun, warganet menyifatkan gelagat pelakon filem Gol dan Gincu itu seakan pelik kerana ia di luar kebiasaan dirinya.
“Aku ni sebenarnya dah cuba husnuzon, tapi dah kenapa lah si Fazura jadi macam ni. Kesian aku aku tengoknya,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Dah kenapa fazura jadi macam ini?,” kata individu lain.
“Dia saja je ni agaknya sebab orang duk kecam yang dia nyanyi live tu,” kata yang lain pula.
Bagaimanapun, menerusi platform Fazura.Storewide itu, pengendali akaun berkenaan menyebut bahawa gelagat pelik Fazura itu adalah sebahagian daripada caranya untuk menggembirakan hati.
“Saja happy-happykan diri darling,” tulis pengendali akaun tersebut.
Baca juga: Rugi kalau buang sahaja, rupanya boleh buat duit ‘extra’ dengan jual minyak masak terpakai
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio