Ramai tak tahu ulasan dan bintang diberikan di platform e-dagang dalam talian memberi kesan kepada penjual.
Jika barang lambat sampai sahaja maka bintang diberikan adalah sedikit sedangkan penjual sudah pos barang lebih awal.
Di sini dapat dilihat kurier memainkan peranan penting agar barang dibeli pembeli sampai dengan pantas.
Menerusi Facebook inspirewerks.com, satu tangkap layar komen antara pembeli dan penjual mendapat perhatian ramai.
“Barang sampai dalam keadaan baik cuma masa tidak tepat. Ikutkan penghantaran sepatutnya pada 10 November tapi 11 November baru hantar.
“Nasib tiada kemek atau patah, harap perbaiki dari segi ketetapan masa,” ulasan diberikan oleh pembeli.
Tidak berpuas hati dengan ulasan dan jumlah bintang, penjual tersebut memaklumkan sudah hantar barang untuk di pos pada hari sama dan kelewatan adalah disebabkan kurier bukan penjual.
“Kau baru pertama kali beli online ke? Ketetapan masa apa lagi yang kau nak? Order 9 November pukul 9 pagi, barang ship out 9 November pukul 12 tengah hari.
“Cepat mana lagi, ingat penjual ikut sekali dengan barang kau tu. Kau ingat penjual ni kerja dengan syarikat kurier ke.
“Kalau kurier lambat, jangan salahkan penjual sampai kau bagi satu bintang. Belajar bezakan kurier dengan penjual,” komen balas penjual tersebut.
Baca juga: Tengok cara anak ini mandikan ibu terlantar, mereka yang tak larat angkat pesakit boleh cuba
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio