Rider tersalah rumah, anak-anak termakan daging babi

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tular seorang pengguna Facebook, Izham Nayan yang memaklumkan anak kepada rakannya itu termakan khinzir selepas menerima pesanan yang salah.

“Penghantar makanan salah hantar pesanan ada lauk babi ke rumah kawan. Anak-anak dia pula termakan.

“Asal order mee tarik warisan. ibu tengah handle online class. Anak-anak kecil pula tengah lapar.

“Ayah orderkan untuk anak kat rumah. Anak terima dan makan je. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ni resit kat belah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya,” tulis pengguna Facebook tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan kesalahan tersebut yang dilihat sangat besar ditambah pula jika penghantar tersebut muslim yang dilihat mengambil pesanan tak halal.

“Macam mana boleh jadi, penghantar makanan sepatutnya letak makanan halal dan tidak dalam beg yang berbeza, ini letak pula sekali. Memang boleh tertukar.

“Kerajaan atau jabatan agama kena lakukan sesuatu dan tetapkan peraturan penghantar makanan Melayu tak boleh ambil pesanan dari pengusaha bukan Melayu.

“Sepatutnya kalau halalan toyyiban, tak boleh makanan non-halal bercampur tempat dengan makanan halal. JAKIM kena brief betul-betul dekat penyedia delivery dan juga rider.

“Macam mana rider boleh bawa order dari kedai tak halal sekali jalan. Kalau tak sekali jalan pun, kalau rider tu muslim patut elakkan lah. Rasanya rider ni pun bukan muslim kot,” antara komen netizen.

Penghantar makanan seharusnya lebih beri perhatian kepada pesanan yang dihantar dan dimana lokasinya.

Disebabkan satu kesalahan orang muslim mungkin akan termakan makanan yang haram dalam Islam.

Baca juga: Ulang alik setiap hari demi kerja di Singapura, pemuda raih RM6,000 sebulan jadi ‘cleaner’