Bimbang akan sistem pengurusan harta zaman sekarang, maka tidak terkejut jika ramai mengambil hibah untuk diberikan kepada ibu atau isteri dan anak-anak.
Ditambah pula dengan pelbagai kes melibatkan ibu bapa yang mengambil harta si mati tanpa memberikan kepada isteri atau anak-anak.
Buat pelakon Fattah Amin, dia memilih untuk menukar nama hibah kepada ibunya untuk menyenangkan urusan agihan kepada anak tunggalnya, Fatimah.
Menurut Majlis Agama Islam Selangor, hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Seorang perancang kewangan, Syafique Zainuddin menerusi Facebook memuat naik hantaran memaklumkan Fattah Amin sudah menukar penama hibah Takaful.
“Alhamdulillah sejal 2015 jaga Takaful Fattah dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful mak bapa dia dari dulu lagi walaupun macam mana keadaan dia pun.
“Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yang dapat untuk dijadikan pengajaran.
“Harini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama Hibah Takaful Fattah kepada Ibunya.
“Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatimah kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Semoga terus success sahabat,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Syafique bagaimanapun menukar kenyataan kedua dengan menyatakan bahawa Fattah menukar nama penerima hibah dan menyingkirkan kenyataan mengenai Fatimah dan ibu Fattah.
“Hari ini selesaikan beberapa urusan untuk update penama Hibah Takaful Fattah. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Semoga terus success sahabat,” hantaran yang sudah diubah suai.
Fattah dan bekas isterinya yang juga pelakon Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Terbaru, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya kepada Fazura.
Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.
Baca juga: AC Mizal jawab tuduhan tak bayar gaji pekerja, arah peguam ambil tindakan undang-undang