Bagi yang ada barang kemas mestilah nak ia nampak bersinar di hari perayaan tapi masa itulah kedai penuh dengan pembeli.
Nak tunggu giliran untuk cuci barang kemas pun ambil masa yang lama, kalau tahu cara boleh buat sahaja di rumah.
Pernah bekerja di kedai emas, pengguna Facebook Bunga Yatie berkongsi cara untuk cuci barang kemas di rumah, asalkan emas betul bukan emas korea.
“Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
“Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.”
Tip senang cuci emas di rumah
Bahan-bahan:
- Pencuci pinggan (Joy atau Glo)
- Air
- Periuk
- Barang kemas
- Berus gigi
Cara-cara:
- Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo dan tuang ia ke dalam periuk berisi air.
- Masukkan barang kemas ke dalam air sabun tadi dan buka api.
- Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan bila nampak kotoran terapung maka boleh tutup api.
- Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
- Sental guna berus gigi dan bilas.
- Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
Mudah dan jimat!
Baca juga: Wanita kongsi cara betul bersihkan belut, mudah rupanya hilangkan bau hanyir dan lendir!