Konsert “Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza” yang diadakan pada awal Mac lalu menampilkan Biduanita Negara Malaysia memperagakan pelbagai jenis busana yang gah ketika persembahannya.
Antara yang menarik perhatian adalah busana ala tradisional yang direka khas oleh Bianca Bella.
Busana terakhir disarung itu menjadi lebih istimewa kerana menggunakan material songket untuk menghasilkan gaun yang sangat gah.
Atas sebab itu juga, ada yang berhasrat untuk menyewa busana tersebut.
Individu itu bertanyakan langsung kepada pereka busana tersebut ketika sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story milik Bianca Bella.
Tanya individu itu; “Baju Datuk Seri Siti boleh sewa tak?”.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pereka berkenaan mengatakan busana digunakan TokTi tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak.
Ini kerana busana berona merah hati yang menggunakan kain songket itu merupakan hak milik pelantun lagu Cindai itu sepenuhnya.
“Tak boleh awak, ini Datuk Seri Siti bagi kami pamerkan sementara di butik.
“Baju ini adalah hak milik sepenuhnya dan dibayar sepenuhnya,” jawabnya.
Terdahulu, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh 12,000 penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.
Konsert tersebut dibahagikan kepada beberapa segmen dan salah satu di antaranya adalah segmen tradisional di mana segmen berkenaan memperlihatkan Siti menggayakan busana rekaan Bianca Bella.
Baca juga: “Ibu mentua pandang rendah sebab aku suri rumah, siap doa anak dia dapat jodoh lagi”