Hidangan sarapan pagi rakyat Malaysia iaitu roti canai yang pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa kini menjadi popular di negara jiran, Indonesia.
Sebenarnya bukan sahaja Indonesia, tetapi sebuah syarikat di Singapura juga sebelum ini pernah menawarkan gaji setinggi RM5,000 kepada rakyat Malaysia yang boleh bekerja sebagai penebar roti canai.
Namun apa yang mula menjadi perhatian adalah apabila sebuah gerai di Indonesia dikatakan turut sama menjual roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat negara ini.
Dalam satu video tular, sebuah gerai dipercayai terletak di Indonesia dikerumuni dengan ramai pelanggan yang mahu membeli roti canai mereka.
Doh roti yang dikeluarkan dari bekas, dicanai sedikit kemudian terus dimasak bersama secalit mentega.
Roti canai itu juga menampilkan kelainan dengan meletakkan taburan gula di atas roti yang sudah masak.
Jika diikutkan, penduduk di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia sememangnya ada yang menjamah roti canai dengan gula.
Maka, mungkin gerai di Indonesia itu mengambil inspirasi dari gerai-gerai di belah Pantai Timur.
Gerak roti canai yang dikenali sebagai Roti Canai Baidu itu terletak di Jalan Ringroad Medan.
Biarpun perniagaan tersebut mula beroperasi dari jam 8 sehingga 11 pagi, pelanggan bersilih ganti mengerumuni gerai itu.
Apa yang membuatkan ramai terhibur, bila mana pelanggan turut dilihat membalik balikkan roti canai di atas pemanggang kerana peniaga tidak menang tangan menerima banyaknya pesanan.
Mereka sendiri suka rela membantu peniaga bagi mempercepatkan pesanan pelanggan lain.
Video yang dimuat naik di TikTok itu sehingga kini meraih lebih 400 ribu tontonan.
Baca juga: Rupanya rebus kacang kuda dalam periuk nasi lagi senang, masukkan 1 bahan untuk bagi cepat empuk!