Mahu bersihkan dalaman diri, ini yang dilakukan Nora Danish

Oleh MAISARAH AISYA

Dikala usia sudah semakin meningkat maka ramai memilih untuk mendekati Allah SWT, baik orang biasa mahupun selebriti.

Perubahan 360 darjah selepas bercerai, pelakon Nora Danish dilihat memilih untuk fokus akan kebahagiaan diri sendiri sambil mencari saham akhirat.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora berkongsi bahagia itu tidak datang dalam bentuk manusia mahupun bersyarat.

“Bahagia itu tanpa syarat. Di mana kalau kita boleh buang kesombongan diri, ‘bersihkan pakaian’ kita iaitu sifat dalaman kita kita yang keji dan buruk.

“Kita buka pintu hati kita berjihad untuk berubah, menerima qada dan qadar. Kita boleh bahagia tanpa bergantung kepada sesiapa, benda atau tempat.

“Jom kita usaha ‘bersihkan pakaian’ kita sama-sama,” katanya dalam Instagram Story.

Tidak hanya itu pelakon berusia 42 tahun itu meminta kaum wanita mengelakkan perbuatan mengumoat dan banyakkan istighfar.

“Nabi berpesan, kita perlu membanyakkan istighfar dan sedekah supaya tidak muflis akhirat.

“Kerana sudah jadi kebiasaan kita suka ‘membawang’, bila bersedekah itu pula niatkan kepada orang yang pernah kita zalimi.

“Kalau kita nak minta maaf setiap orang yang kita umpat, memang tidak logik apa lagi yang kita tak pernah jumpa. Amalkan sedekah dan sentiasa bertaubat,” tambahnya.

Baca juga: Watie mengaku taja perbelanjaan umrah keluarga, tepis fitnah babitkan syarikat Shuib