Beratur nak beli makanan masa hujan, tindakan wanita bawa anak kecil dikecam

Oleh MALAYSIADATELINE

Tidak salah nak beratur berjam lamanya demi makanan yang tengah tular, namun lihat dulu keadaan sekeliling.

Ini dengan hujan lebat dan berserta kilat, masih ada yang sanggup menolak stroller anak dan beratur dalam cuaca sedemikian.

Tular satu video orang ramai beratur untuk membeli donut yang tengah tular dalam cuaca yang tidak mengizinkan.

Terdengar suara dalam video tersebut yang mempertikai tindakan wanita membawa anak kecil meskipun sedar akan cuaca.

“Dalam cuaca macam ni masih nak beratur, agak-agaklah, tahu nak support (sokong) tapi pergi duduk berteduh dulu, cuaca reda beratur la balik,” ujar pemilik video.

Video itu kemudian dimuat naik di X oleh pengguna @SyedAkramin yang kecewa dengan tindakan orang ramai yang melakukan apa sahaja demi makanan.

“Kasihan. Tak boleh bezakan kehendak dan keperluan. Cari tempat selamat untuk berlindung dari petir dan hujan itu keperluan.

“Manakala makanan gerai viral adalah kehendak. Pastikan pilihan kita betul,” ujar pengguna X.

Rata-rata bersetuju dengan hantaran tersebut dan menyatakan tidak salah untuk mencuba makanan tular tapi lihat keadaan sekeliling terlebih dahulu.

“Kalau menunggu giliran kat hospital ke nak buat passport ke bukan main marah ya kalau lambat, kalau kemaruk dengan benda viral, hujan ribut, panans pun tak ada masalah.

“Dengan bawak anak kecil dalam stroller lagi. Mungkin datang petir sambar kepala mak bapa baru ada sel otak berhubung.

“Yang akak bawa stroller tu hamak (nak) sangat ke sampai ribut pun diredahkn dengan baby skali,” antara komen netizen.

Baca juga: Punyalah laku, rakyat di Indonesia kerumun gerai roti canai sampai pelanggan terpaksa masak sendiri