Pastinya semua tahu ada satu rangkaian kedai menjual teh yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dek kerana ada hadiah mewah menanti dalam cawan dibeli.
Ramai dilihat sanggup menghabis berjam lamanya untuk mendapatkan air dengan cawan mengandungi hadiah misteri.
Namun tular pula satu video pekerja staf di kedai tersebut dilihat menggoncang dan mengangkat cawan untuk melihat sama ada ia mengandungi hadiah atau tidak.
Kesemua cawan yang mempunyai kupon di bawa masuk semula ke bahagian belakang, hal ini menyebabkan ketidakpuasan hati buat pelanggan yang beratur lama.
Pengguna TikTok, Niessa_Shauri berkongsi video tersebut yang dikatakan berlaku di Aeon Bukit Tinggi, Klang.
“Dua hari berturut-turur beratur kat tempat ni, untuk suka-suka je tapi geram bila tengok staf dia check setiap cawan untuk asingkan mana boleh guna dan mana yang ada hadiah,” ujarnya dalam video di TikTok.
Rata-rata netizen mengecam tindakan staf tersebut yang dilihat mencemar nama baik perniagaan itu.
“Eh tak baiknya macam tu. Lain kali korang bukak sahaja hadiah tu depan mereka. Kalau tak ada, mengadu terus.
“Semua tempat macam tu, klau ada benda percuma tak kisah dekat mana pun, staf akan jadi yang pertama untuk sorok.
“Betul ke ni? Kalau betul kesian orang yang memunggu sampai 2 ke 3 jam demi air ni,” antara komen netizen.
Baca juga: Macam mana boleh naik sampai atas tu? Netizen terpegun lihat rakaman pekerja cuci puncak KLCC