Seperti dijangka Malaysia telah memintas pasukan bola sepak negara jiran apabila menduduki tempat ke-128 dunia dalam ranking FIFA mengalahkan Indonesia.
Malaysia memintas Indonesia selepas menewaskan Laos dalam aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini, manakala Indonesia tewas kepada Jepun.
Harimau Malaya yang dikuatkan dengan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Matthew Davies, Arif Aiman dan Feroz Baharudin pada perlawanan tersebut berjaya merakamkan kemenangan 3-1 pada aksi yang diadakan di Thailand.
Berdasarkan rekod kedudukan setakat 16 November 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Terbaharu, Skuad negara mengumpul 2.97 mata selepas menewaskan Laos 3-1 di Bangkok dan kemudian mengumpul tambahan 0.16 mata selepas seri 1-1 dengan India di Hyderabad semalam.
Malaysia kini berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 130 terbaik dunia.
Kenaikan ranking amat penting buat Harimau Malaya dalam misi cuba mendapatkan kedudukan setinggi mungkin supaya Malaysia berada dalam Balang 1 bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
Baca juga: Bawa gelas yang ada ‘gift’ ke belakang, netizen kecam staf, anggap tak adil