Guna 2 bahan je nak buat telur masin, ini cara senang, ‘gerenti’ menjadi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi penggemar telur masin mesti tahu harganya kalau nak beli di gerai yang dah siap masak mesti mahal.

Bukanlah makan setiap hari, takut naik darah pula tapi kalau nak beli sekali-sekala pun mahal baik buat di rumah sahaja.

Ikuti resipi yang dikongsikan Liana Ana di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’, boleh nak makan seisi keluarga.

“Telur masin homemade suami buat. Sejak pkp pertama masuklah yang kedua, macam-macam dia buat dan semuanya menjadi.”

Resipi telur masin homemade

Bahan-bahan:

  • Telur itik 10-12 biji
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 2 sudu besar cuka
  • Air 2 cawan (ikut sukatan yang sukat garam)

Cara-cara:

1. Satukan garam kasar, cuka dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.

3. Bila semuanya dah larut, tutup api dan biarkan sehingga betul-betul sejuk.

4. Kemudian barulah susun telur itik dalam bekas dan tuangkan air rebusan yang sudah disejukkan tadi.

5. Jerukkan dalam tempoh masa seminggu, tak perlu tukar air. Boleh simpan di luar atau simpan dalam peti sejuk.

Bila nak makan boleh rebus sahaja dan nikmati bersama nasi kerabu tapi jaga pengambilan makanan ini takut kena refer hospital sebab darah tinggi sangat.

Baca juga: Gara-gara nak belanja kekasih makan siakap 3 rasa, remaja 15 tahun terjerat hutang along RM13,000