Nafi pura-pura prihatin, Shuib akui khilaf, mahu perbaiki diri

Oleh MAISARAH AISYA

Nama pelawak Shuib semakin menjadi bualan apabila Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda selepas gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja Bubblebee.

Disebabkan itu ramai mula mengecam dek kerana kehidupan mewah yang ditunjukkan di media sosial namun kebajikan pekerja tidak dijaga.

Menurut Astro Gempak, Shuib menafikan dirinya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

“Demi Allah saya tidak akan mempergunakan sesiapa pun. Saya tak mungkin buat orang macam tu.

Saya akui kesilapan saya dalam perniagaan saya yang tidak membayar socso kepada pekerja. Tetapi itu semua saya akan perbaiki.

“Tiada langsung niat saya nak kenakan orang,” katanya seperti dipetik Gempak.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, Shuib bersyukur masih ada pekerja yang menyokongnya, dan isteri bersamanya untuk menempuhi segala ujian.

“Saya bersyukur masih ada pekerja saya yang setia dan menyokong saya daripada belakang. Hinggakan ada pekerja yang mahu lawan hingga nama saya bersih.

“Saya bersyukur ada isteri yang terus menjadi tulang belakang saya. Satu persatu ujian saya hadapi. Tapi ini bukan pengakhiran untuk perniagaan saya,” tambahnya.

Baca juga: Tak sedar seluar bertukar jadi skirt, Izreen Azminda kongsi pengalaman dipukau