Indah khabar dari rupa. Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan terhadap luahan kecewa beberapa pelanggan jenama kambing perap popular.
Jika kebanyakan restoran berdepan kritikan seperti kualiti dan kuantiti, namun beberapa pelanggan jenama kambing perap ini pula menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai masakan panas yang datang dalam keadaan sejuk.
Dalam satu video di TikTok, Ketua Aktivis Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain meluahkan rasa kecewa selepas hidangan yang dipesannya datang dalam keadaan sejuk walhal sudah lama menunggu.
Dia berkata, tidak berbaloi menunggu lama untuk hidangan yang sudah sejuk.
“Saya pesan daging. Makanan ini baru saja sampai tapi sejuk. Memang kurang menyelerakan dengan harga yang sebegini.
“Kita bagi feedback berdasarkan rakyat marhaen. Ini adalah ulasan benar tanpa dibayar. Saya nak bagitahu, kami orang Pulau Pinang makan makanan ini bukan ketika restoran ini dibuka, tetapi lebih awal lagi ketika ia dibuka di tepi jalan,” katanya.
Pada masa sama, Sophian memesan satu set ayam goreng di mana menurutnya menu itu juga diterimanya dalam keadaan sudah sejuk.
Dia berkata kritikannya adalah ulasan jujur supaya jenama kambing perap itu boleh meningkatkan lagi kualiti makanan.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai memberi ulasan sama mendakwa makanan yang dipesan di restoran berkenaan sering diberi dalam keadaan sudah sejuk.
Baca juga: “24 jam kena bertudung, abang ipar dengan kakak seronok duduk ‘free’ mak pula cop aku anak derhaka…”