Pelakon senior zaman sekarang seperti sudah tidak ada nilainya sedangkan tanpa mereka ini satu drama atau movie itu tidak akan beri kesan mendalam.
Pelakon senior seperti Wan Maimunah dan Jalil Hamid hanya dapat dilihat menerusi iklan pendek namun impaknya sangat mendalam, meninggalkan kesan di hati orang ramai.
DIsebabkan itu artis versatil, Joey Daud akui kecewa melihat bayaran rendah yang dibuat pihak produksi kepada pelakon senior lapor Harian Metro.
Jelasnya dia sendiri pernah mendapat tawaran rendah yang baginya tidak masuk akan dan memilih untuk menolak bayaran ditawar pihak produksi.
“Saya pernah ditawarkan dengan bayaran rendah yang tidak masuk akal dan seperti mengaibkan sebelum ini
“Saya fikir lebih baik tolak secara baik dan anggap ia bukan rezeki dan lebih baik tawaran itu diberikan kepada pelakon lain.
“Soal bayaran rendah kepada pelakon senior ini antara masalah yang perlu hadapi mereka yang terbabit dalam industri seni tanah air.
“Bukan hendak berlagak kerana saya sudah lama dalam bidang seni. Kadang-kadang saya berasa sedih bila fikir, artis senior seperti tidak dihargai dan diperlekehkan orang,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, Joey memaklumkan dia tidak pernah ‘demand’ harga cuma mengharapkan bayaran ditawar setimpal dengan nilai kerja dan komitmen dirinya.
“Saya tak pernah ‘demand’ harga, saya cuma biarkan orang menilai kerja dan komitmen diberikan selepas hampir 35 tahun dalam industri seni.
“Alhamdulillah, saya percaya bila kita berbuat baik dan sentiasa berusaha memudahkan kerja orang, ramai yang akan sayang,” katanya.
Baca juga: “Semua gaji dia bagi aku” – Achey sebak kenang isteri kerja ‘cleaner’ sebelum kecap kesenangan