Susah nak buang kapur dekat mi kuning? Guna satu bahan ni ‘gerenti’ hilang!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi peminat mi kuning, mesti tahu agak sukar untuk buang sepenuhnya rasa kapur dan bila makan memang jelas terasa.

Selalunya yang biasa dibuat adalah basuh dan bilas sahaja engan air paip tapi makan masa dan penat sahaja berdiri depan sinki.

Rupanya ada cara mudah sahaja nak buang kapur daripada mi kuning ni, ikuti pekongsian pengguna Facebook, Norul Badri Daud menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Tengah sibuk cari resepi minum petang ke. Masak mi goreng ke petang petang ni. Tau tak petua nak hilangkan rasa kapur kat mi tu.

“Ye lah kalau makan mi, tetiba ada rasa kapur boleh potonggg selera makan kannn.
Jom cuba petua mudah ni.”

Cara buang kapur dari mi kuning

No photo description available.

Bahan-bahan:

  • Mi kuning
  • satu sudu gula
  • Air suam

Cara-cara:

1. Rendamkan mi kuning dalam satu bekas berisi air suam.

2. Pastikan me tenggelam dan masukkan satu sudu gula ke dalamnya.

3. Biarkan dalam masa 15 minit sebelum tos dan basuh ia.

4. Untuk mi yang rasanya pahit akan hilang rasa pahit dan buatkan mi tu terasa lebih enak.

Baca juga: Senang betul nak buang pasir, rendam sahaja lala dalam air ni…