Pastinya pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan serangga di rumah namun segala teknik terbukti tidak berkesan.
Rupanya kita hanya perlu tukar penggunaan lampu kepada warna kuning dan bukannya putih seperti di kebanyakan rumah.
Di bawah adalah perkongsian Tn Muhd Hisyam, mengenai penggunaan lampu kuning mampu mengurangkan kehadiran cicak, serangga, kalkatu, berbanding lampu putih.
Teknologinya:
- Lampu-lampu pijar dan pendafluor beri cahaya putih puncak, bersama warna-warna lain pada kadar rendah.
- Lampu led putih sebenarnya terdiri daripada tiga jenis led (merah, hijau, biru) dimana tiga cahaya led bergabung jadi satu (putih).
- Lampu led beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.
Biologinya:
- Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k). Sebab mata mereka lebih nampak dalam pencahayaan itu.
- Maka lebih banyaklah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu, berbanding cahaya led kuning (band warna 3k ke 5k).
- Serangga ialah makanan cicak. Maka tentulah cicak akan berkumpul ditempat yang banyak makanan nya.
(Tambahan) Biologi Manusia
Kenapa lampu kereta yang warnanya putih nampak kelam, terutama diwaktu hujan? Lalu pengguna ini terpaksa pakai lampu putih berkuasa tinggi (yang akibatkan silau mata kepada pemandu kereta bertentangan).
Ini kerana struktur retina mata (pengesan cahaya) kurang peka terhadap jalur cahaya putih (terutama band warna 6.5k~10k).
Mata kita lebih peka kepada jalur warna kekuningan (band warna 3k~5k) berbanding putih.
Jika diberikan dua lampu 10W, satu dari band 3k~5k (kekuningan) dan lagi satu dari band 6.5k~10k (putih), mata kita akan cerap lampu kekuningan lebih terang.
Jadi, mereka yang mencari lampu putih kereta terpaling terang toksahlah (tak perlu) menyusahkan diri dan pemandu kereta lain.
Selain merosakkan ringgit, juga merosakkan pemandangan pemandu lain. Terbaik ialah lampu kereta kekuningan, selain terang, juga akan redakan silau pemandu lain.
Inilah huraian yang diberikan individu terbabit yang memuat naik hantaran di Group Facebook ‘Tukang Apa Hari Ini’.
Baca juga: Boleh ke main telefon masa khutbah solat Jumaat? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus