Individu yang bukan dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) antara kumpulan paling ramai tidak pernah membuat bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik, peminjam dalam kalangan bukan penerima STR adalah seramai 225,529 orang atau bersamaan 54.3 peratus.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, angka itu adalah setakat 31 Ogos tahun ini
Sementara itu, seramai 189,580 peminjam PTPTN atau 45.7 peratus yang tidak pernah membuat pembayaran balik adalah dalam kalangan penerima STR.
“Berdasarkan data peminjam yang tersedia, daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024, seramai 189,580 peminjam atau 45.7 peratus adalah daripada kumpulan penerima STR.
“Selain itu, 225,529 peminjam atau 54.3 peratus terdiri daripada bukan kumpulan penerima STR,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Beliau menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai jumlah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan gajinya melebihi RM3,000 tetapi tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, PTPTN hanya mempunyai data peminjam yang diperoleh semasa mereka membuat permohonan dan masih belum mempunyai pendapatan.
September lalu, Zambry dilaporkan berkata, seramai 430,000 peminjam PTPTN tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman yang bernilai keseluruhan RM6 bilion, biarpun sebahagian mereka sudah bekerja.
Baca juga: “Aku kerap minta cerai, bila suami tunaikan barulah aku rasa menyesal…”