Bagi penyanyi versatil, kebiasannya tidak hanya tertumpu kepada satu genre sahaja untuk memastikan peminat tidak muat akan lagu dikeluarkan.
Namun ada yang lebih selesa menyanyikan satu genre kerana itulah yang menaikkan namanya dalam industri seni.
Dalam temu bual bersama Astro Gempak, penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya tidak mengikut trend untuk mencuba nyanyian jenis lain
“Saya tak boleh minta orang berhenti komen tapi saya adalah penyanyi balada, saya bermula dengan itu dan saya akan teruskan genre ini.
“Tapi dalam masa sama saya akan cuba untuk mengasah bakat dalam genre lain tapi saya tak akan paksa diri saya untuk puaskan hati semua pihak.
“Saya tak nak buat lagu semata untuk senangkan hati mereka, saya kena keluarkan lagu yang kena dengan jiwa saya dan saya tak boleh tipu diri semata untuk sesuaikan diri dengan ‘trend’.
“Selagi lagu itu relate (berhubung) dengan peminat dan orang lain maka ia sudah cukup untuk saya,” katanya dalam temu bual bersama Astro Gempak.
Pada masa sama, penyanyi berusia 31 tahun itu mementingkan lagunya sampai dan beri kesan kepada masyarakat dan bukan tertumpu untuk menukar genre.
“Saya berada dalam industri, mengambil masa selama ini bukan disebabkan saya mengikut trend tapi disebabkan usaha keras dari mereka yang berada di belakang saya.
“Mereka inilah yang menolak saya untuk terus ke hadapan dan sebab lagu yang jujur dan kena dengan pendengar, jadi saya akan sentiasa tulis lagu mengenai itu tapi tidak menukar genre.
“Kalau saya ada perg ke genre lain, maka itu bonus, maksudnya mungkin Allah SWT dah bagi wahyu dekat saya untu buat genre sebegitu. Doakan sahaja,” jelasnya.
Baca juga: Peti ais bukan satu keperluan dalam rumah tangga, Ina Naim nafi ‘didera’ arwah suami