Pernah tular kerana gayanya menaburkan garam ke atas daging, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe juga dikenali dengan harga makanan di restoran yang mahal.
Meskipun sedar akan harga makanan yang mahal, ramai ingin mencuba untuk berjumpa dengannya untuk merasai pengalaman Salt Bae menabur garam secara langsung.
Tular di TikTok, seorang individu dengan pengikut lebih 30k, @daddymin89 mencuba daging di restoran Nusr-Et Steakhouse.
Dapat dilihat Salt Bae datang ke meja makannya untuk memotong daging dan menaburkan garam.
Pengguna media sosial itu dilihat duduk semeja dengan enam individu lain bagi menikmati pengalaman dijamu sendiri oleh Salt Bae.
“Tak sabar ni tapi takut juga, takut mahal gila,” ujarnya yang teruja melihat Salt Bae melayan pelanggan di meja sebelah.
“Kalau korang nak makan dengan Salt Bae datang ke meja harga dia RM10,000, total bayar malam ni RM13,000.
“Untuk panggil Salt Ber, dia ada special menu, minimum range 5k dirham (RM6,078), tapi ada sahaja menu yang biasa yang lain,” jelasnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun daripada segi rasa, pemuda tersebut memaklumkan lebih baik cari kedai yang lebih murah kerana dia mencuba untuk dapatkan vibe sahaja.
“Untuk rasa, lebih baik beli daging steak dengan harga lebih murah dekat tempat lain, sini untuk vibe sahaja, tapi bagi saya harga dia agak mahal,” tambahnya.
Rata-rata netizen meskipun cemburu mengakui itu adalah rezeki pemuda tersebut yang dapat merasa pengalaman makan mewah.
“Aku ada la nak beli satu kereta second hand harga RM13k.. setahun dua dari sekarang mungkin cukup la tu.. dia boleh habiskan RM13k tak sampai setengah jam. Aturan rezeki Allah tu berbeza, aku lama lagi.
“RM13k untuk orang kaya macam RM13 je, simpanan dia berjuta, kalau kita RM13 ribu tu rasa banyak sangat,” antara komen netizen.
Baca juga: Datuk Vida mohon beri ruang selesai isu hutang RM1 juta, Cik B minta netizen bersabar