Mykad baru diperkenalkan, kad pengenalan lama dah tak laku

Oleh ROSLAN ZAMAN

Setiap warganegara Malaysia wajib mempunyai kad pengenalan sendiri sebagai tanda bukti mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Namun tahukah anda di dalam kad pengenalan kita mempunyai teknologi khas yang dibina didalamnya.

Seiring dengan era teknologi terkini, rakyat Malaysia selepas ini bakal mendapat kad pengenalan baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan sejak 2012.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di dewan rakyat, penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan yang bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi.

Katanya lagi, kad pengenalan baru ini mempunyai rekaan lebih moden serta elemen seperti tulisan laser dan hologram. Ia diperbuat daripada bahan ‘polycarbonat’ yang sudah diuji ketahanannya di makmal bertauliah.

“Ia juga bagi membendung sebarang cubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan Mykad yang menjadi dokumen penting bagi Malaysia,”

“Ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan berkapasiti storan yang lebih besar dengan piawaian keselamatan yang dipertingkatkan. Kad ini kita buat untuk bendung masalah pemalsuan kad pengenalan dan kebocoran data.

“Ciri keselamatan terkini itu diyakini mampu mengatasi isu pemalsuan,” kata beliau yang menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tenggara.