Kerap mengaji berdua, Shukri Yahaya kongsi perubahan isteri bawa aura positif

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya selepas berkahwin setiap pasangan akan mencuba untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Perubahan gaya isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mula berniqab sejak Februari lalu dikatakan membawa aura positif kepada keluarganya.

Jelasnya, sebagai suami dia bersyukur melihat perubahan isteri tersayang selain berdoa agar Tya terus istiqamah lapor Kosmo! Online.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.

Imej si isteri menyebabkan pelakon berusia 36 tahun itu menyuntik semangat untuknya menggandakan amalan harian.

“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah.

“Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” tambahnya.

Baca juga: Kelab peminat ‘tong-tong’ beli iklan gergasi di Bukit Bintang untuk Siti Nurhaliza