Lelaki Melayu ini sanggup tinggalkan gaji RM20k demi jadi ‘ghost seeker’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemburu alam paranormal sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus kejuruteraan di Vietnam dengan pendapatan RM20,000 sebulan demi minat sebagai “ghost seeker”.

Hanizamal Abu Hanifah berkata, pada awalnya niat dia berhenti kerja mendapat tentangan keluarga, selain dia juga merasa berat hati untuk melepaskan pekerjaan yang menjadi mata pencariannya selama ini.

Namun katanya keputusan yang dibuat enam tahun lalu itu berbaloi apabila aktiviti yang dilakukan secara sambilan di media sosial mendatangkan rezeki kepadanya.

Memetik Sinar Harian, lelaki berusia 46 tahun itu kini mempunyai channel yang dikenali sebagai Solo Ambush dengan lebih sejuta pengikut di TikTok, Facebook dan YouTube.

Sehingga kini Solo Ambush merupakan perungkai misteri pertama di Malaysia yang membuat siaran langsung aktiviti di lokasi yang menjadi pilihannya.

“Memang ramai yang cuba ikut apa yang saya buat, cuma bezanya Solo Ambush ia merungkai misteri yang menjadi bualan masyarakat setempat.

“Cuma bezanya saya pergi ke lokasi berkenaan seorang diri untuk mencari kebenaran dan bukan mereka-reka cerita hantu,” katanya seperti dilapor.

Baca juga: Kelas sudah dinaiki air, guru tak jadikan banjir sebagai penghalang untuk tetap mengajar