Masih ada yang suka nak menyibuk hal rumah tangga ipar duai sedangkan ia bukan masalah besar sekalipun.
Ini tidak, melontarkan pendapat seolah-olah hanya kata-kata dia sahaja yang betul hingga akhirnya menimbulkan salah faham.
Seorang wanita mengakui dirinya merasa tidak selesa apabila birasnya sibuk mengambil hal kewangan dia dan suami.
Di bawah adalah luahan yang diambil dari Facebook Geng Suri Rumah.
Semalam mak mentua datang rumah. Lepas tu dia tahu saya ada buat side income. Dia mula tanya berapa dapat sebulan.
Saya cakap dapat tak banyak. Sikit je, boleh la untuk bayar yuran sekolah anak, kelas membaca mengaji dan makan-makan sedikit.
Lepas tu biras saya kata “tak kongsi ke bayar komitment, kesian angah je yang bayar seorang”. Angah tu suami saya.
Dia tak apa lah, jururawat, nak bayar komitmen pun tak ada masalah sebab dua-dua kerja, anak pun hantar pengasuh.
Kita ni hanya suri rumah, komitmen tiada, suami pula tak bagi kerja sebab nanti susah nak hantar anak pergi sekolah.
Anak saya tak sempurna macam orang lain, penat dari pagi sampai ke malam. Kemudiam mentua nasihat hidup kena saling melengkapi.
Masalah dia tak tahu yang suami tak pernah hulur duit, balik rumah main game, pinggan gelas satu pun tak pernah basuh.
Baju sehelai pun tak pernah lipat atau cuci, semua atas kepala isteri. Tak bagi isteri kerja tapi kita kena bayar separuh komitmen?
Pendapatan yang saya jana ni wajib ke nak berkongsi dengan suami sedangkan dia sendiri tak pernah hulur.
Saya yang penat urus rumah, buat pula kerja sampingan. Suami tak pernah ambil kisah jal rumah tangga, patut ke saya kongsi.
Mak mentua, biras tiba-tiba nak sibuk hal duit saya seolah olah berdosa betul jadi suri rumah ni.