Wanita buat ‘survey’ lelaki dari negeri mana wanita tak patut “date”, jawapannya buat ramai warga Kelantan bengang

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial menjalankan satu sosial eksperimen, bertanya kepada beberapa wanita mengenai pemilihan pasangan berdasarkan negeri.

Dalam tinjauan yang dibuat individu itu, dia bertanya “lelaki dari negeri mana yang mereka tidak akan keluar date” atau keluar bersama untuk menjalin hubungan yang serius.

Hampir kebanyakan wanita yang ditemui memberikan pendapat hampir sama iaitu mereka tidak mahu bercinta dengan lelaki berasal dari Kelantan.

Ada juga yang berkata tidak mahu lelaki dari Kelantan dan Terengganu.

Mereka mengatakan tidak ada alasan yang kuat mengapa mereka tidak mahu mendekati lelaki Kelantan, tetapi antara alasan yang diberikan adalah kerana mereka tidak memahami loghat negeri itu dengan baik, dan kedudukan negeri yang jauh.

Ada juga yang berkata, keengganan bercinta dengan lelaki dari Pantai Timur itu kerana “red flag” yang biasa didengar dalam kalangan rakan-rakan.

Bagaimanapun video berdurasi 38 saat yang tular di platform X itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial terutama mereka yang berasal dari negeri Kelantan.

Pengguna tidak bersetuju apabila pengaruh tidak baik telah tersebar sehingga menanam kebencian atas dasar kenegerian.

Antara komen ditinggalkan warganet.

“Orang Kelantan pun tak nak kahwin dengan orang negeri lain. Tapi kita orang kahwin sama-sama Kelantan, kemudian pergi sama-sama majukan negeri lain kikiki”.

“Ore Kelate pun seribu kali tak nak kat demo”.

“Pinggan tak retak, nasi tak dingin,Kalau hampa taknak, depa pun tak hingin. Ini lah sindrom yang merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Jangan rasa diri tu sempurna sangat, entah entah esok lusa kau mati, orang Kelantan yang kau benci tu lah yang kebumi kan kau”.

Apa kata anda?

Baca juga: Wanita berang isteri arwah adik dapat hibah RM300,000, nak tuntut hak sebagai keluarga