Rupanya tak boleh bawa balik makanan dari masjid tanpa izin! Hukumnya haram

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya di masjid atau surau sering mengadakan jamun kecil buat jemaah yang hadir bersolat disitu.

Tapi ramai yang tak cakna bahawa hukum membawa pulang makanan dari masjid tanpa izin sebenarnya adalah haram.

Menurut satu perkongsian di TikTok, penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa hukum tersebut menjadi haram kerana makanan tersebut adalah hak orang ramai.

“Memang tidak boleh bawa pulang makanan dari masjid ke rumah, ramai kan kita tengok jemaah berbuat demikian.

“Boleh bawa pulang sekiranya makanan tersebut mempunyai lebihan, jadi kita boleh bawa pulang kerana akan jadi rosak dan membazir.

“Jika sebaliknya, hukum membawa pulang makanan itu adalah haram,” kata Azhar dalam satu sesi ceramahnya baru-baru ini.

Umum tahu segala makanan akan menjadi darah daging dalam setiap manusia dan makan benda haram boleh menyebabkan seseorang itu gelap hati.

“Nabi dah cakap bab makan ni jangan kerana bagi sesiapa yang makan benda haram boleh dihumban ke dalam neraka kelak.

“Itulah orang kita, kalau tengok bab makan ni semua kelabu mata, padahal nasi kerabu harga RM1.50 sahaja tapi itulah memang dah perangai orang kita,” ujarnya.

@apitsenget

#ustaz azhar ,hukum bawa balik makanan dari masjid

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Ada warganet berkongsi hal sama turut berlaku di masjid mereka dan akhirnya ada jemaah yang tidak sempat menjamah.

“Dekat tempat saya, belum sempat jemaah makan, yang lain dah siap bungkus.

“Masya Allah, memang ramai pun, lebih-lebih lagi otai kariah masjid. Yang kita ni lihat terkulat-kulat.

“Harus jujur. Biasanya orang tapau di hujung jamuan. Masalah timbul bila tamak, terutamanya orang yang diberi amanah uruskan makanan tersebut,” antara komen warganet.

Baca juga: Wanita buat ‘survey’ lelaki dari negeri mana wanita tak patut “date”, jawapannya buat ramai warga Kelantan bengang