Ingatkan saje nak buat kelainan, rupanya ada kisah sedih disebalik ‘Abang Tingkap’ viral

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan orang akan memilih untuk berehat apabila sakit namun kesakitan itu bukanlah penghalang untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Berehat daripada bekerja sebagai tukang masak di restoran, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Tingkap’ menjadi tular selepas pelanggan menunjukkan cara mereka mengambil makanan.

Menerusi TikTok, abangtingkap berkongsi mengapa pelanggan perlu datang mengambil makanan yang diturunkan melalui tingkap.

“Saya sedang cuti sakit dan kecederaan yang dialami membuatkan saya tidak dapat meneruskan kerja buat sementara waktu.

“Untuk pengetahuan semua, saya bekerja sebagai tukang masak di satu restoran tapi setelah berbulan tidak bekerja dan duit simpanan hampir kehabisan.

“kami memulakan nasi goreng seperi sekarang untuk mencari duit belanja harian, duit ubatan dan lain-lain. Saya jual murah kerana ia sekadar mencari duit belanja.

“Tambahan pula rencah tidak sama seperti kedai makan yang mampu menyediakan bahan mentah,” jelasnya dalam hantaran di TikTok.

Pada masa dia memaklumkan nasi goreng yang dijual mempunyai had dek kerana modal tidak besar dan tidak mempunyai ruang untuk simpan barang andai tidak habis terjual.

“Modal tak besar, kadang apa yang dapat pada hari itu, itulah modal untuk esoknya. Ada masa tak dapat banyak pesanan makan duit akan jadi dua kali ganda.

“Lagipun saya tak ada kenderaan sendiri untuk pergi beli barang, semuanya mengharapkan pada kawan untuk beli bahan,” tambahnya.

Rata-rata netizen memuji sikapnya yang tidak berputus asa untuk mencari rezeki demi keluarga tersayang.

“Tak semua orang meniaga tu nak cepat kaya, kaut untung tapi meniaga sekadar lepas untuk teruskan hidup, rezeki ada walaupun tak banyak macam abang ni.

“Saya hormat abang, tak meminta tapi abang berusaha. Semoga usaha abang ni jadi pengajaran dan semangat kepada orang lain,” antara komen netizen.

Baca juga: Wanita terkejut dapat air ‘seciput’ lepas pesan minuman tanpa ais, pekerja F&B tampil beri penjelasan