Jual tiga cucuk sate kambing hampir RM25 satu set, netizen anggap harga Mark Adam letak tak masuk akal

Oleh MALAYSIADATELINE

Kalau pergi ke pesta makanan ni tak boleh duit sikit, harga makanan dan minuman semua tak masuk akal tapi tetap ada ramai membeli.

Bila tengah bulan mulalah mengadu duit tak cukup, masa beli makanan lupa diri, tak ingat nak bajet elok-elok.

Tular di media sosial, seorang pengguna mengakui terkejut dengan satu akaun yang sering promosi makanan hadir ke satu ‘food festival’.

Apa yang mengejutkan adalah dengan kuantiti yang sedikit tapi harga diletakkan sangat mahal dan dilihat tidak berbaloi.

Terlihat dalam video tersebut penyanyi Mark Adam menjual satu set sate kambing pada harga RM24.90 dengan hanya tiga cucuk berserta air.

Malah tiada makanan dijual bawah RM10 dilihat dalam video tersebut menyebabkan banyak netizen tertanya kenapa ada yang sanggup bayar harga mahal.

@ceoofsodok

Havoc Food Festival Shah Alam, Belakang Giant Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor 31 Dec – 5 hb @HAVOCFOODFESTIVAL #myfoodie #foodies #halalfoodie #klfoodie #streetfood #tiktokmakanmakan #foodiesmalaysia #makan #kedaimakan #Foodie #abangsodok

♬ original sound – AbangSodok – AbangSodok

“Mark Adam jual satu set sate kambing macamni RM24.90. Boleh tahan juga harganya. Ini kalau bawa RM100 pergi food fest, mungkin boleh balik dengan satu atau dua plastik makanan je.

“Tak rugi pun kalau tak beli makanan yang mahal ni, kita kayakan penjual dengan harga tak masuk, tolong berhenti guna ayat bukan target market sebab memang harga tak masuk akal.

“Paling banyak membeli ni golongan B40, lepas beli meroyan harga makin mahal, rakyat sengsara.

Semua harga lebih RM15, sesetengah makanan kat food fest ni harga yahudi tapi kualiti hauk, paling pun guna bahan berkualiti baru berbaloi nak bayar mahal,” antara komen netizen.

Baca juga: Penjual senyum lebar durian premium, musang king terjual 400 kilogram sehari