Masih ada lagi orang yang mampu hidup dikelilingi sampah, bukannya sakit tapi semua isi rumah sihat sahaja tapi soal kebersihan tak pernah dititikberatkan.
Bila ada anak yang bersihkan pun tak tahan lama, sebab hidup dah terbiasa dikelilingi sampah.
Seorang wanita sanggup mencari hotel apabila pulang ke kampung kerana banyak sampah meskipun sudah menasihati adik-adik yang lain.
Di bawah adalah kisah yang dikongsi menerusi IIUMC.
Aku anak sulung dari 10 orang adik beradik. Sudah berkahwin dengan suami yang sama negeri dengan aku, anak enam orang.
Tapi kami sekarang merantau 7 ke 8 jam perjalanan jauh dari kampung halaman. Dari kecil, aku tak dapat kasih sayang sepenuhnya dari kedua orang tua aku. Maklum lah, anak sulung.
Jarang la dapat doa yang baik baik dari mak aku. Selalunya maki hamun, dipandang rendah walaupun dikalangan adik beradik, aku la yang belajar paling tinggi dan bekerjaya.
Sejak aku berkahwin, kurang dah mak aku maki hamun aku, mungkin dia segan dengan suami aku.
Suami aku berkerja dalam unit beruniform, dan dia memang tegas bila orang ganggu family kecil dia.
Sejak mak aku bercerai dengan ayah aku, rumah mak aku makin teruk. Pernah tengok rumah yang diviral oleh tuan rumah?
Yang disewakan lepas tu rumah tu ditinggalkan dalam keadaan kotor, busuk, sampah. Macam tu la keadaan rumah mak aku sekarang.
Pernah balik dari jauh penat penat, kami kena cuci rumah dulu untuk keselesaan kami. Sampai suami aku pernah tarik muka la, sebab dia pun ikut cuci rumah tapi tak sampai sehari bersepah dan kotor balik.
Aku alhamdulillah dikurniakan keluarga mertua yang baik, dilayan bagai anak sendiri. Sekarang aku tengah bercuti kat kampung, dah beberapa hari aku kat rumah mertua,
Bila suami tanya, bila nak balik rumah aku? Aku tak ada jawapan, berat sangat hati nak balik sana memikirkan keadaan rumah tu.
Suami aku walaupun tarik muka kadang tu, tapi dia ajak juga aku balik rumah mak aku, ambil hati mak aku katanya, tak kan tak nak tengok mak langsung.
Masalahnya aku bila ingat keadaan rumah tu, murung jadinya. Sekalipun dah diberitahu awal kami akan balik, memang begitu la keadaan rumah.
Oh ya, mak aku tinggal dengan adik aku empat orang ye, yang muda belia lagi, tapi puas nasihat, cara keras, cara elok, semua tak jalan.
Pernah aku sampai je depan pintu rumah, disambut dengan bau sampah yang dah beberapa hari tak buang.
Tak campur lagi cawan minuman pakai buang dibuang merata, toto depan tv tak kemas, cawan pakai buang sebelah bantal, mangkuk tak berbasuh, kat situ makan, kat situ buang, kat situ tidur.
Jangan cerita la bab tandas ye, memang tak lalu. Aku mampu duduk tak sampai satu jam pun, aku ajak suami aku keluar cari hotel, aku tak mampu dah nak hadap, dan malam tu mak aku maki hamun aku ye sebab tidur kat hotel.
Banyak lagi la kisah. Tapi ringkas pun dah panjang. Sekarang dilema nak balik ke tak, aku tak bagitahu lagi mak aku yang aku dah seminggu kat kampung.
Aku cakap kat suami aku, kita balik sehari je la, esoknya balik tempat bertugas terus. Tapi suami aku tak tergamak. Aku ni lagi tak tergamak kalau tinggal lama kat situ.
Oh, bab makan pun, aku rela beli daripada masak. Tak tergamak nak masak dalam keadaan dapur kotor dan segalanya kotor.
Baca juga: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal tergamak tinggal anak sendiri di rumah kebajikan