Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama telah pun berjaya diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, semalam.
Dengan kewujudan kiosk tersebut, urusan perkhidmatan kerajaan kini menjadi semakin mudah bagi menyantuni keperluan digitalisasi kepada rakyat.
Tetapi persoalannya apa dia Kiosk Sentuhan MADANI ini?
Kiosk Sentuhan Madani menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.

Kiosk ini ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai terutama di pusat beli belah beli-belah kerana masa operasi yang lebih panjang.
Untuk fasa pertama, kiosk digital ini dilancarkan di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya.
Set kedua pula akan diletakkan di Kuala Lumpur Sentral.
Inisiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2025 itu bertujuan untuk memodenkan penyampaian perkhidmatan awam dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih baik.
Enam buah kiosk digital itu menawarkan lebih 90 jenis perkhidmatan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID (MIMOS), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Baca juga: “Ini ke kereta yang orang panggil Tricil?” – Perodua Kancil ‘runner’ makanan ini curi tumpuan