Semakin ramai rakyat negara ini yang mulai membuka mata dan bukan lagi membahang membabi buta terutama dalam politik.
Mereka yang mula membaca dan tidak menyokong secara seberono mula sedar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Malaysia ke jalan yang betul.
Antara mereka adalah Dr Tanaka Mustafa, seorang penyokong kuat Pas selama ini yang mula menulis tentang kebaikan yang dibawa oleh Anwar.
Terbaru Tanaka menulis tentang apa yang dilakukan oleh Anwar di United Kingdom dalam siri lawatan kerjanya keluar negara.
Bagi beliau, PMX menggunakan skill yang dia ada untuk memposisikan Malaysia dalam menjadi suara neutral bagi blok-blok dunia yang berkonflik.
“Sikap hipokrit dunia Barat dihiris dan dilapah secara halus dalam cebisan humor ketika menjawab.
Gerak catur geopolitik dunia yang mencabar hari ini memerlukan orang seperti beliau,” tulis beliau.
Berikut adalah nukilan penuh Tanaka menerusi facebook beliau yang bertajuk “Syarahan PMX di LSE”
Seperti biasa, PMX adalah pemidato yang hebat dan ada skill yang bagus selain ucapan beliau yang merupakan manifestasi kepada banyak membaca dan berinteraksi dengan dunia.
Dia punya skill English skill sama seperti cara dia berucap dalam Bahasa Melayu. Lancar, petah, intonasi yang tepat, ada humor, jelas etc. Orang putih dengar pun ternganga dan terpersona sebagaimana orang Malaysia terkagum dengan ucapannya dalam Bahasa Melayu.
PMX menggunakan skill yang dia ada untuk memposisikan Malaysia dalam menjadi suara neutral bagi blok-blok dunia yang berkonflik.
Salah satu bentuk marketing jenama Malaysia ke pentas dunia, yang kena akui – tak ada pemimpin negara hari ini samada dalam kerajaan mahupun pembangkang yang boleh setara dengan beliau pada sudut ini.
Soalan-soalan berat kepada beliau dijawab dengan baik dan tegas berprinsip, pada masa yang sama secara halus membuka minda audience terhadap kejahatan dunia Barat yang menindas dan menjajah negara lain.
Sikap hipokrit dunia Barat dihiris dan dilapah secara halus dalam cebisan humor ketika menjawab.
Gerak catur geopolitik dunia yang mencabar hari ini memerlukan orang seperti beliau.
Yang beliau perlukan adalah sokongan padu rakyat Malaysia dalam progress beliau memposisikan Malaysia. Beliau sedang membawa suara kita ke peringkat dunia.
Kebencian yang keterlaluan terhadap beliau pada sesetengah orang, akan menutup mata hati untuk melihat the bigger picture dalam cherita Malaysia di pentas kemelut dunia yang semakin berkembang secara tidak sihat.
Selalunya dua blok besar bertembung tanpa memandang kepada blok neutral. PMX sedang membesarkan blok neutral ini supaya menjadi besar setara dengan dua blok yang bertembung itu.
Jangan kerana kebencian keterlaluan, kita nafikan usaha baik dan betul yang dia buat.
Andai diletakkan pemimpin lain yang kita anggap boleh jadi PM, berada dipentas gelora geopolitik dan ekonomi dunia sekarang ini, adakah pemimpin itu akan perform dan suaranya didengari?