Jenama fesyen terkenal dari Jepun, Uniqlo Malaysia akhirnya memberi respon berhubung dakwaan syarikat itu mengamalkan persekitaran kerja yang toksik terhadap para pekerjanya.
Antara dakwaan lain yang dibincangkan secara terbuka di media sosial adalah pengurusan Uniqlo yang didakwa kurang empati, melayan pekerja seperti robot dan tidak mementingkan kebajikan pekerja.
Sebagai respons terhadap dakwaan tersebut, Uniqlo Malaysia berkata mereka mengambil serius mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh para pekerjanya.
Mereka berkata jenama itu komited untuk memastikan tempat kerja yang adil dan dihormati untuk semua pekerja, dan mengambil semua maklum balas yang diterima daripada bekas dan pekerja semasa dengan serius.
Setakat ini, tiada langkah khusus daripada Uniqlo untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam komen berkenaan.
Pada 18 Januari lalu, akaun Instagram rasmi Uniqlo Malaysia berkongsi siaran yang menonjolkan jualan perayaan Tahun Baru Cina.
Akan tetapi, ruangan komen dibanjiri individu yang didakwa sebagai bekas pekerja, yang mula menceritakan pengalaman buruk mereka bersama syarikat itu.
Baca juga: Kalau buat ni ‘confirm’ ramai berebut! Wanita kongsi resipi ‘kepak ayam pedas manis’