Umum mengetahui, sejenis pakaian yang berasaskan ‘jeans’ atau denim mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bertukar menjadi lusuh.
Tidak kiralah sama ada jeans berkenaan sudah lama atau baru sahaja dibeli, namun situasi ini sememangnya tetap juga ‘wajib’ akan berlaku sekiranya pakaian tersebut selalu digunakan.
Hal ini kerana, jeans yang sering digunakan tentunya dibasuh dengan sangat kerap sehingga menyebabkan warna pada kain tersebut boleh luntur dan lusuh dalam masa singkat.
Sedar akan keadaan itu, seorang pemuda tampil berkongsi ilmu mengenai panduan untuk menghitamkan kembali pakaian atau baju lusuh yang berasaskan denim menerusi satu hantaran di platform TikTok.
Kelihatan seperti jeans yang baharu sahaja dibeli, pembaca cuma perlu menyediakan dua bahan iaitu garam dan juga pewarna pakaian yang dikenali sebagai fabric dye.
- Sediakan perwarna pakaian atau ‘fabric dye’ yang telah dibeli dan panaskan air.
- Tuang air panas ke dalam besen atau baldi.
- Masukkan satu paket pewarna bersama segenggam garam.
- Guna senduk untuk dua bahan tersebut sehingga sebati.
- Masukkan seluar atau baju jeans lusuh yang mahu anda hitamkan di dalam baldi tersebut.
- Tunggu dalam masa 30 minit atau boleh ditinggalkan selama semalaman.
- Keluarkan dan bilas kain tersebut dengan air paip.
- Jiruskan air dan perah jeans yang telah direndam dengan berhati-hati (jangan terlalu kuat).
- Gantungkan di ampaian dan pastikan ia dijemur di bawah sinaran matahari.
- Tunggu sehingga kering.
Tular di media sosial, panduan tersebut dikongsikan pemilik akaun dikenali sebagai Kholif Mael itu menerusi satu hantaran telah yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Sekadar info, pewarna pakaian yang digunakan oleh pemuda tersebut mudah sahaja didapati di kedai peralatan seni ataupun sebarang platform pembelian di atas talian.
Baca juga: Sekali tengok pun dah terliur, wanita kongsi cara buat ‘Donut Gebu’