Generasi terdahulu pasti teringat dengan majalah Ujang kan? Majalah komik kartun yang pernah menjadi satu fenomena. Setiap keluarannya pasti ditunggu-tunggu.
Siapa sangka majalah ‘rare’ ini sudah boleh diibarat seperti menyimpan emas. Semakin lama hayatnya semakin melambung harganya.
Baru-baru ini tular dengan seorang lelaki meletakkan harga sebanyak RM4,000 untuk majalah ujang lamanya. Malah lelaki yang juga seorang kolektor itu mempertahankan tindakannya menjual dengan harga begitu.
Dia kecewa kerana ada orang mengecamnya menjual majalah Ujang lejen itu dengan harga RM1,800 senaskah dan jika beli dua naskah akan dikenakan RM4,000.
“Ada orang kecam saya sebab jual barang RM1,800, sebab dia kata tak patut harga seperti itu.
“Dia macam ni, semakin rare barang itu maka semakin mahal harga dia.
“Ini satu lagi contoh barang rare yang saya jual, buku Ujang tahun 2001, dan satu lagi tahun 1999.
“Ini antara barang yang sudah tak ada lagi. Yang ini saya jual RM1,500 dan yang ini RM1,800.

“Dan andaikata kamu ambil dua, saya letak harga RM4,000.
“Sebab apa kita jual mahal mahal? Sebab ini barang yang sudah tak ada.”
Baru aku tahu buku ujang tahun 1998 boleh jual sampai RM4000 😭. Kalau tahu aku simpan je zaman kecik2 dulu.
Kalau korang ada boleh jual mcm brader ni kaya woi pic.twitter.com/Sd6R7qKUrx
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) February 4, 2025
Netizen agak berbelah bagi pendapat dengan harga diletakkan. Kerana menurut mereka harga untuk majalah Ujang yang dianggap rare itu tidaklah sampai RM4,000 untuk dua unit.