Pembinaan KLCC dibuat 24 jam setiap hari tanpa rehat, kalau korang tahu sejarah menakutkan ini taubat tak nak pergi lagi

Oleh KIM SYAZIE

Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatas oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.

Pun begitu, pencakar langit ini masih merupakan menara berkembar tertinggi dunia serta merupakan bangunan tertinggi 11 tertinggi pada abad ke-20.

Sejarah menara berkembar ini mula memegang gelaran bangunan tertinggi pada tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga ke atas strukturnya.

Reka bentuknya dibina oleh jurubina dari Argentina, Cesar Pelli yang berjaya merealisasi impian Malaysia walaupun memakan masa selama 7 tahun untuk disiapkan.

Nak tahu tak ‘behind the scenes’ pembinaan bangunan tertinggi dunia ni?

Mungkin ada antara korang yang dah pernah tengok dokumentari penceritaan sejarah pembangunan menara ini, pada yang belum tahu lagi, jom baca thread daripada soulusiMY mengenai KLCC yang korang tak tahu.

1. Malaysia masa tu tak adakepakaran bina pencakar langit. PM buat permintaan rekaan pelik-pelik yang tak ada orang buat.

2. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.

3. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi dekat situ.

4. Iklim tropika di Malaysia ni menyebabkan banyak hujan, lebat pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam keadaan macam tu.

5. Pada tahun 90an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau tak ada batang keluli? Nak import dari luar pula tak mampu.

6. Salah 1 tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tak ikut spec. Bangunan tak ada tiang besi, agak-agak apa jadi?

7. Sewaktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal Building menyebabkan separuh bangunan runtuh. Yang menakutkannya ialah, bangunan tu sama macam KLCC juga tak ada tiang besi.

8. Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal. KLCC kecil tak boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke atas tu?

9. KLCC berhayun. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air tandas berkocak sebab bangunan berhayun.

Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!

Haa, ini masalah-masalah dia tapi ingat setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jom baca penyelesaian dia pula.

1. Reka bentuk KLCC. Bangunan yang nampak macam dua batang jagung itu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Sewaktu Tun Mahathir buat permintaan nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? PM pun tak tahu nak habaq.

Arkitek nampak ‘ciri Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam & macam mana nak buat menara moden bersenikan Islam.

Akhirnya Tun Mahathir sendiri bagi idea buat tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi 4 bersilang macam penanda juzu’ dalam al-Quran). Arkitek tambah baik lagi supaya lebih luas

2. Bajet. Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk 6 tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan tanpa rehat supaya dapat mencapai target masa tu.

24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau terlajak sehari sahaja Malaysia akan kerugian RM700,000. Terlajak seminggu, rugi RM5 juta

Kos tu maksudnya denfan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera. Bukan kos bahan pembinaan tu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur.

Satu lagi pndekatan, kerajaan upah dua kontraktor berbeza untuk siapkan dua menara, supaya dia orang saling bersaing & siapkan kerja tu pada waktu yang tepat.

3. Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Mula-mula saya tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah. Pening jurutera tengok tak afa tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara berat dekat situ pengakhirannya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh dia orang fikir.

Kaji pengalaman-pengalaman lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh itu? Akhirnya dia orang cuba fikir luar kotak dan buat sesuatu yang baru untuk KLCC.

Dia orang bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan itu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.

4. Sewaktu buat tapak itu masalah hujan lebat berlaku. Dia orang pening lagi dengan hujan KL ni. Lagi sekali dia orang berfikir di luar kotak, dia orang ‘payung’ tapak tu dengan kanvas besar seluas 5 khemah sarkas. Sampai tapak betul-betul kering dan keras barulah pembinaan bersambung.

5. Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya fikir, dia orang cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli. Menariknya, sebatian itu menggunakan bahan-bahan khusus yang terdapat di negara kita.

Nampaknya ‘darah daging’ KLCC itu sendiri tercipta dari tanah Malaysia. Dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ini lebih rintang terhadap angin.

6. Dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Cuak la dia orang membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja berhenti. Dia orang periksa balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik tu.

Mujurnya baru satu tingkat. Dengan berat hati diorang terpaksa runtuhkan balik tingkat yang rapuh tu & bina semula ikut spec.

Dalam temubual, memang dia orang kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi dia orang kena buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan

7. Dah separuh siap, senget pula satu menara. Senget beberapa mm je. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Jurutera dia mati akal terus. Takkan nak robohkan balik 70 tingkat tu?

Sudahnya dia orang buat keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari arah yang senget. Eloklah balik.

8. Serangan pengganas. Mengambil iktibar dari bangunan runtuh di Oklahoma, jurutera buat uji kaji adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang konkritnya diletupkan? Keputusannya amat memeranjatkan.

Bukan sahaja kekuatan konkrit itu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16 tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah dia orang.

9. Risiko menara saling menarik sewaktu berhayun. Jurutera reka ‘sendi’ pada smbungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau 1 menara berhayun ditiup angin, tak ada lah dia tarik kawan dia satu lagi. Jangan korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ni perlahan sgt, kita pun tak rasa.

Artikel asal dipetik dari laman X Soulusi (@soulusiMY)

Baca juga: Majalah Ujang kini berharga RM4,000, untung siapa masih simpan