Selepas 7 bulan kes bunuh diri akibat dibuli, pindaan Akta 588 dikuatkuasakan

Oleh BORHAN AHMAD

diPada awal Julai 2024 tahun lalu, seorang pempengaruh TikTok meninggal dunia dengan cara membunuh diri selepas dibuli di media sosial.

Ekoran itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kecewa dan marah beliau dengan kejadian tersebut dan berazam untuk meningkatkan kawalan ke atas media sosial bagi memastikan alam siber lebih selamat.

Pada 8 Julai 2024, beliau sendiri turun bertemu dengan keluarga mangsa untuk melahirkan rasa impati beliau dan kerajaan mengenainya.

Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet semalam, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa mulai 11 Februari 2025.

Menurut Kementerian Komunikasi, Pindaan ini akan menyediakan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.

Jumlah kes jenayah dalam talian pada 2024 yang mencecah 35,368 kes dengan nilai kerugian lebih RM1.5 bilion membuktikan bahawa pindaan tersebut adalah tepat pada masanya, kata kementeria dalam atu kenyataan medianya.

“Kerajaan berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh
terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dan mengambillangah-langkah yang sewajarnya
untuk melindungi diri serta keluarga daripada sebarang ancaman alam talian,” katanya.

KEMPEN

Bagi memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia, Kementerian Komunikasi telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC).

Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai lapisan usia serta latar belakang berkenaan pentingnya keselamatan Internet.

Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas dalam kalangan komuniti bagi memperkasakan pengetahuan orang ramai tentang keselamatan dalam talian.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi, antara fokus utama kempen adalah:

 Kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk memiliki akaun media sosial
(penggunaan Internet perlu di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga).

 Meningkatkan kesedaran agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
penipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan kes jenayah pedofilia.

 Menggalakkan penggunaan Internet secara selamat dan beretika.