Kalau makan di restoran mesti perasan sotong goreng tepungnya rangup walaupun sudah sejuk, kalau buat di rumah cepat betul lembiknya.
Ini kalau dapat makan petang-petang cicah pula dengan sos Thai mesti kenyang lama ni, tak pun makan dengan nasi panas pula memang bertambah.
Sering berkongsi akan tip memasak, pengguna Facebook, Rizal Channel berkongsi pula cara buat sotong goreng tepung rangup tahan lama,
Cara buat bancuhan untuk sotong goreng tepung
Bahan-bahan:
- 10 biji telur
- 1 plastik tepung jagung
- Sotong (tak kisah jumlah)
Cara-cara:
- Pecahkan 10 biji telur ke dalam satu bekas besar kemudian masukkan satu plastik tepung jagung.
- Masukkan juga dalam dua sudu kecil pewarna kuning dan kacau ia hingga sebati.
- Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat serta tiada langsung ketulan.
- Bila bancuhan sudah sebati masukkan sedikit Ajinomoto dan setengah sudu kecil garam serta kacau ia.
- Kemudian boleh masukkan sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong saiz sederhana serta celup ia ke dalam bancuhan tadi.
- Panaskan minyak dan masak seperti biasa, tepung akan rangup dan sotong tetap lembut.
Jika rasa resipi bancuhan ini terlalu banyak, maka boleh asing dan simpan atau celup sahaja ikan atau makanan laut lain ke dalam ia.
Baca juga: Bos anjur majlis buka puasa untuk ‘staff’ tapi minta bayaran RM100 seorang