Bukan senang nak menghalalkan seseorang, kena bersedia daripada segi mental, fizikal dan juga kewangan.
Ini tidak, duit tak cukup pun nak berkahwin, siap bagi alasan tak nak bagi wang hantaran sebab tak berduit.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila si suami gemar melanggan video lucah hingga tiada duit untuk beri nafkah padanya.
Di bawah adalah luahan yang diambil dari portal IIUMC.
Saya seorang wanita dan sudah berkahwin serta tinggal di Kuala Lumpur. Masalah saya tak besar, cuma nak meluah perasaan dalam hati saja.
Suami sebelum kahwin selalu cakap tak payah risau pasal rezeki, gaji rendah tak apa, lepas kahwin murah rezeki, dia tanggung semua soal nafkah.
Bila aku ingatkan yang Allah suruh kita berusaha, bukan tunggu duit jatuh dari langit, dia pula bidas asalkan cepat kahwin Allah murahkan rezeki, tak elok lama-lama maksiat.
Padahal kami PJJ saja, kenal pun baru lapan bulan sebelum kahwin, jumpa pun kurang 10 kali sebelum kahwin.
Lepas kahwin, bila dah tak ada duit, duk sibuk minta-minta duit isteri suruh bayar itu ini. Padahal haram dan berdosa suami suruh isteri bayar soal nafkah (tanpa reda isteri).
Duit hantaran dia dah beritahu awal-awal, dia tak mahu bagi. Mas kahwin pun dia nak murah-murah saja sebab dia tak ada duit, okay aku letak RM5K saja.
Nikah, sanding, tunang semua sepenuhnya aku tanggung belah aku. Tak ada satu sen pun aku ambil duit dia.
Homestay dan makan minum keluarga dia pun aku sponsor sepanjang diorang ada di kampung aku.
Bila aku tanya duit dia pergi mana, kenapa tak ada simpanan langsung, panjang senarai dia bagi aku.
Tapi memang logik lah, sebab tu aku terima dan kesian dia tak ada duit. Gaji dia tolak cukai pun tinggal dalam RM2.5K saja
Cuma silap aku, aku tak minta slip gaji dan penyata bank dia untuk sahkan. Tup-tup lepas kahwin baru aku tahu, tiap-tiap bulan dia habis RM500 beli porno.
Rupanya dia dah mula membeli sejak enam ke tujuh tahun lepas sebelum kahwin dengan aku. Sakit hati aku.
Sebelum kahwin, dia cuma pernah bagi aku duit raya RM10 saja sekali, duit hantaran tak mahu bagi, duit mas kahwin nego punya dahsyat, keluar pun aku bayar semua.
Harga diri aku sebagai isteri dia yang sah, dan perempuan bermaruah yang tak pernah disentuh ni nampaknya lebih murah dan rendah dari perempuan porno dia tu.
Bukan aku nak riak, tapi masa mak ayah aku jaga aku, kalau aku keluar rumah tak pakai stoking kaki atau baju labuh-labuh pun, habis kena tibai dengan mak ayah aku.
Aku rasa aku ni pandai dah sebab belajar di luar negara bawah biasiswa, tapi macam mana la boleh kena tipu dan jadi isteri bodoh macam ni sampai pergi kahwin dengan dia.
Bila bapa dia tahu kami gaduh, bapa dia call pula bapa aku kata aku ni isteri derhaka sebab marah-marah suami. Mungkin bapak dia tengok porno juga kot.
Call cakap dekat muka aku sendiri tak berani pula. Mentang-mentang bapa aku jenis cool relax dan tak campur urusan rumah tangga anak-anak, dia pergi burukkan aku dekat bapa aku.
Sebelum bertunang dulu aku cakap awal dah aku nak bersalin dekat hospital swasta, masa tu semua benda setuju bila aku mengandung dia cakap dekat bapa dia aku ni mata duitan.
Aku ni ada je insuran syarikat untuk bersalin dekat swasta tapi saja nak tengok apa usaha suami aku boleh buat. Gaji aku ni tiga kali ganda daripada dia pun kena cop ‘gold digger’.
Sampai sekarang bapa dia terpaling bangga konon anak dia bayar aku bersalin dekat swasta, sedangkan satu sen pun aku tak guna duit dia.
Baca juga: “Aku sedar diri menumpang jadi aku buat kerja rumah, tapi ada saja salah di mata mak mentua…”