Terlalu menghayati watak, Fazlina terkenang babak cium, minum air basuhan kaki Faizal Hussein

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap pelakon seharusnya menguasai setiap watak yang ditawar kepada mereka agar impak lebih kuat sampai kepada penonton.

Jika dilihat ada perbezaan antara pelakon lama dan pelakon muda, penghayatan watak buat pelakon veteran lebih memberi impak.

Pelakon Fazlina Ahmad Daud mengakui dirinya terlupa akan soal geli ketika melakonkan babak mencium dan minum air basuhan kaki.

Fazlina mengakui dirinya terlaly menghayati babak dan babak bersama pelakon Faizal Hussein dilakukan sekali sahaja tanpa sebarang suntingan lapor Berita Harian.

“Saya tak tahu kenapa watak Kalsom seakan-akan menyerap dalam jiwa sehingga langsung tak timbul soal geli ketika melakukan adegan mencium dan minum air basuhan kaki.

“Ketika itu, saya nampak Faizal seperti satu figura sangat besar. Jujurnya, barulah kini saya faham kenapa pengikut ajaran sesat terlalu taasub sehingga sanggup tinggalkan harta, pekerjaan dan segala-galanya.

“Bukan senang membawakan watak Kalsom kerana kami adalah dua insan berbeza. Tiada satu pun keperibadian Kalsom mempunyai persamaan dengan saya,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Fazlina mengakui wataknya menyebabkan dia merasa kasihan akan pengikut ajaran sesat.

“Sebelum ini, saya sering salahkan mereka kerana sanggup gadai harta hingga ada yang korbankan pekerjaan demi ketaksuban kepada sesuatu ajaran.

“Namun, saya mula faham apabila berlakon sendiri hingga menjadikan saya tak mudah menilai orang.

“Selain itu, drama ini juga mengajar saya untuk tidak berlebih-lebihan dalam segala hal,” katanya.

Baca juga: Betul ke gaji YouTuber cecah RM360k sebulan? Che Nom dedah realiti sebenar jadi ‘content creator’